Langkah awal jika dirogol
sesawang Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), http://www.wao.org.
Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol:
Jangan membersihkan diri. Walaupun gerak hati mahu membersihkan diri, elak berbuat demikian.
Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Mungkin terdapat kesan air mani,
cecair badan, lumpur, debu dan helaian rambut yang boleh dijadikan bukti penting.
Pergi ke bilik kecemasan di hospital kerajaan. Doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda
dan kawasan kemaluan termasuk pakaian.
Anda diminta mengisi borang kebenaran untuk pemeriksaan yang akan dijalankan dan maklumat
pemeriksaan itu akan digunakan dalam penyiasatan polis.
Anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor sakit puan wanita jika kurang selesa untuk
diperiksa doktor lelaki. Staf hospital harus memberitahu pihak polis mengenai kejadian yang
menimpa anda.
Seorang pegawai polis wanita akan mengambil maklumat laporan anda di hospital.
Jika anda ke balai polis terlebih dulu, seorang pegawai polis wanita akan mengambil laporan
anda dan menemankan anda ke hospital. Selepas laporan yang pertama, satu kenyataan
bertulis lebih terperinci akan diambil. Anda mungkin akan diminta untuk menghadiri
sesi mengenal pasti penjenayah.
Menghubungi pertubuhan wanita. Anda mungkin memerlukan kaunseling dan sokongan.
Tindakan sekiranya dalam bahaya:
Buat pelan tindakan mengenai apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan
pergi jika dalam bahaya. Beritahu anak-anak mengenai rancangan anda jika mereka cukup
matang untuk memahaminya.
> Bawa bersama anak-anak jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa
meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda
secepat mungkin. Dapatkan nasihat peguam mengenai hak penjagaan segera.
> Apa juga jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan mempunyai petrol mencukupi.
> Simpan satu set kunci dan nombor kecemasan di tempat selamat.
> Selalu pastikan anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan diri.
> Bawa bersama kad pengenalan, surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk anda dan
anak-anak anda.
> Simpan senarai nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit di tempat tersembunyi.
> Gunakan perkataan berkod yang anda boleh gunakan di telefon dengan seseorang yang anda
boleh percayai apabila anda dalam bahaya.

No comments:
Post a Comment